Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal





mmn_imamhamid

Yang Berhormat
Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia
Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal


Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal dilahirkan pada tahun 1939 mempunyai pendidikan tertinggi iaitu Ijazah Sarjana (M.A) dari Universiti Al-Azhar, mula bertugas pada 24 Disember 1966 sebagai Penguasa Penerangan dan Tabligh, pernah memegang jawatan Penguasa pelajaran Ugama, Timbalan Kadi Besar dan Pegawai Ugama Kanan. Pada Tahun 1977 dilantik menjadi Kadi Besar sehinggalah bersara pada penghujung tahun 1994.

Setelah bersara Yang Berhormat dilantik menjadi Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada 1 Januari 1995 hingga 25 Mac 2001 dan kemudian dilantik menjadi Ketua Hakim Syar’ie mulai 26 Mac 2001. Yang Berhormat telah berkhidmat selama lebih 40 tahun di mana lebih dari 26 tahun daripadanya berkhidmat di bidang Kehakiman Syariah. Yang Berhormat juga adalah di antaranya merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Diraja, Majlis Mengangkat Raja, Majlis Ugama Islam Majlis Mesyuarat Adat Istiadat Negara dan dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada 1 Jun 2011 (Kalangan Orang-Orang Yang Bergelar). Yang Berhormat juga pernah menjadi ahli delegasi dari Negara Brunei Darussalam ke Perhimpunan Agung AIPA (ASEAN Inter-Parliamentary Assembly) ke-32 di Cambodia pada September 2011.