Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Awang Haji Othman bin Uking





mmn_othman

Yang Berhormat
Orang Kaya Maha Bijaya Awang
Haji Othman bin Uking


Yang Berhormat Awang Haji Othman bin Uking dilahirkan pada 21 November 1937 di Kampung Ukong, Tutong. Pendidikan awal Yang Berhormat bermula di Sekolah Melayu Ukong Tutong pada tahun 1947, kemudian berpindah ke Sekolah Melayu Bukit Bendera Tutong dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Maktab Pertanian, Malaya, Serdang Selangor, Malaysia (Universiti Putera Malaysia). Yang Berhormat mula berkhidmat dengan kerajaan pada 1 Disember 1955 sebagai Pembantu Luar Pertanian kemudian dilantik menjadi Pegawai Pendaftaran untuk Pilihanraya Brunei di kawasan Kampung Bukit dan Pegawai Pengurus Pilihanraya di kawasan Rambai dan Kampung Benutan, Tutong pada tahun 1962. Pada tahun 1986 pula dilantik menjadi Ketua Bahagian Ugama, Badan Kebajikan di Jabatan Pertanian Brunei manakala pada tahun 1989 dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Haji membawa rombongan sejumlah 484 orang ke Mekah/Madinah. Yang Berhormat bersara daripada jabatan kerajaan pada tahun 1992.

Yang Berhormat telah dianugerahkan beberapa penghormatan antaranya Anugerah Bakti Hijrah pada tahun 2004, Tokoh Saudara Baru Daerah Tutong pada tahun 2003 dan Warga Berjasa Daerah Tutong pada tahun 1997. Yang Berhormat juga pernah menjadi Yang Dipertua PESATU (Persatuan Saudara Baru, Tutong) dan PESAKA (Persatuan Melayu Keriam, Tutong). Dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada 6 September 2004 hingga 15 Mac 2011 dan dilantik semula pada I Jun 2011 (Kalangan Orang-Orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan) dan sepanjang menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat telah beberapa kali mengikuti Persidangan AIPA (ASEAN Inter-Parliamentary Assembly) yang diadakan di luar negara.