Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Yang Berhormat Haji Awang Ahmad Morshidi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman





mmn_morshidi

Yang Berhormat
Haji Awang Ahmad Morshidi bin Pehin
Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato
Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman


Yang Berhormat Haji Awang Ahmad Morshidi bin Pehin Orang Kaya Digadong Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman dilahirkan pada 24 Januari 1956 di Negara Brunei Darussalam. Berkelulusan Diploma in Business Studies (OND) dari United Kingdom, memegang beberapa jawatan sebagai Pengerusi, Pengarah Urusan, Pengarah di beberapa buah sektor swasta di antaranya Ideal Multifeed Farm (Brunei) Sdn. Bhd., Gadong Properties, Brunei Times Sdn. Bhd., CfBT Education Services (B) Sdn. Bhd. dan IDS Borneo Sdn. Bhd. Yang Berhormat juga merupakan ahli kepada beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) seperti Enquiry Panel of the Law Society of Brunei Darussalam, The Brunei Darussalam International Chamber of Commerce & Industry, Brunei Economic Development Board, International School (B) Bhd., Brunei-China Friendship Association dan Brunei Pakistan Friendship Association.

Yang Berhormat dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada 1 Jun 2011 (Kalangan Orang-Orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan) dan pernah menjadi ahli delegasi dari Negara Brunei Darussalam ke Perhimpunan Agung AIPA (ASEAN Inter-Parliamentary Assembly) ke-32 di Cambodia pada September 2011, Asian Parliamentary Assembly pada bulan Oktober 2011 dan International Conference of Principles of Friendship and Cooperation in Asia and Ad-Hoc Committee Meeting on Protection of the Rights of Migrant Workers pada 28 hingga 29 September di Solo, Indonesia.