Bahasa Melayu | English
Text size :
Yang BerhormatDato Paduka Awang Haji Abdullah binHaji Mohd. Jaafar
Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Abdullah bin Haji Mohd. Jaafar dilahirkan pada 22 Februari 1940 di Negara Brunei Darussalam. Berkelulusan Diploma in Public Administration. Mula berkhidmat dalam jabatan kerajaan pada tahun 1960, pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah Tutong pada tahun 1972 hingga 1974, Pegawai Daerah Brunei dan Muara pada tahun 1980 hingga 1983. Pada tahun 1984 hingga 2005 Yang Berhormat telah dilantik menjadi Duta Besar Negara Brunei Darussalam di luar negeri. Yang Berhormat dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada 1 Jun 2011 (Kalangan Orang-Orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan). Yang Berhormat pernah menjadi ahli delegasi dari Negara Brunei Darussalam ke Perhimpunan Agung AIPA (ASEAN Inter-Parliamentary Assembly) ke-32 di Cambodia pada September 2011 dan Mesyuarat Sesi Ke-9 Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 13-14 Oktober 2011 di Republik Korea.