Bahasa Melayu | English
Text size :
Yang BerhormatDatin Paduka Dayang Hajah Salbiah bintiHaji Sulaiman
Yang Berhormat Datin Paduka Dayang Hajah Salbiah binti Haji Sulaiman dilahirkan pada 5 Ogos 1952 di Negara Brunei Darussalam. Yang Berhormat mula bersekolah di Sekolah Berakas, Sekolah Rendah Delima Satu dan pada tahun 1969 hingga 1972 menuntut di Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI) dan Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien (SOAS), manakala pada tahun 1973 hingga 1975 Yang Berhormat melanjutkan pelajaran di Oxford College of Further Education, United Kingdom dan pada 1975 hingga 1978 menuntut di University of East Anglia, United Kingdom, Institute of Education, Singapore pada tahun 1980-1981. Yang Berhormat mempunyai kelulusan akademik BA (HONS) Social studies. Yang Berhormat mula berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 26 Julai 1978 sebagai Pegawai Pelajaran di Jabatan Pelajaran dan pada Tahun 1982 beliau telah diaturkan bertugas di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri sebagai Pegawai Diplomatik dan seterusnya ditukar ke Jabatan Keselamatan Dalam Negeri memangku jawatan Timbalan Pengarah pada 1 Ogos 1993 dan ditetapkan jawatan sebagai Timbalan Pengarah pada 1 November 1993, seterusnya dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri pada 1 Ogos 2005 dan dilantik menjadi Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri pada 18 Disember 2006. Yang Berhormat dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada 1 Jun 2011 (Kalangan Orang-Orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan) dan pernah menjadi ahli delegasi dari Negara Brunei Darussalam ke Perhimpunan Agung AIPA (ASEAN Inter-Parliamentary Assembly) ke-32 di Cambodia pada September 2011 dan Asia Pacific Parliamentary Forum (APPF) pada 8-12 Januari 2012.