Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Yang Berhormat Awang Haji Zulkipli bin Haji Abd. Hamid





mmn_zulkipli

Yang Berhormat
Awang Haji Zulkipli bin Haji Abd. Hamid


Yang Berhormat Awang Haji Zulkipli bin Haji Abd. Hamid dilahirkan pada 14 Mei 1958 di Negara Brunei Darussalam, memegang jawatan sebagai Managing Partner HZ & Associates. Yang Berhormat mempunyai kelulusan BSc (Hon) in Quantity Surveying, MSc in Construction Management, Fellow Pertubuhan Ukur Jurutera dan Arkitek (Brunei) dan menjadi ahli kepada Royal Institution of Chartered Surveyors, pernah bertugas di Jabatan Kerja Raya di antaranya sebagai Penolong Pengarah dan Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan, Jabatan Kerja Raya. Yang Berhormat juga pernah menjadi Ahli Asia Pacific Board of Royal institution of Chartered Surveyors pada tahun 2002 hingga 2008, Ketua Delegasi bagi Brunei to Pacific Association of Quantity Surveyors dari tahun 2010 hingga sekarang dan Ahli Majlis Pertubuhan Ukur Jurutera dan Arkitek Brunei.

Yang Berhormat dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada 1 Jun 2011 (Kalangan Orang-Orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan). Yang Berhormat pernah menjadi ahli delegasi dari Negara Brunei Darussalam ke Perhimpunan Agung AIPA (Asean Inter Parliamentary Assembly) ke-32 di Cambodia pada September 2011 dan Mesyuarat Sesi Ke-9 Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 13-14 Oktober 2011 di Republik Korea.