Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Laporan dan Perpustakaan

​​​​​​Fungsi Utama:

1. Bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal Persidangan Majlis Mesyuarat Di-Raja;

2. Bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal Persidangan Majlis Mesyuarat Negara;

3. Bertanggungjawab menyediakan persuratan dan dokumen Lantikan Timbalan Sultan.


Tugas Dan Tanggungjawab:

1. Menyediakan laporan harian persidangan (Hansard) semasa Persidangan Majlis Mesyuarat Negara bersidang;

2. Bahagian ini juga menyediakan kertas-kertas kerja bagi Majlis Mesyuarat Negara sebelum persidangan diadakan termasuk menyediakan surat-surat dan kad jemputan untuk para jemputan yang terdiri daripada orang-orang kenamaan, duta-duta, orang-orang bergelar, penghulu-penghulu, ketua-ketua kampung, ketua-ketua jabatan serta pihak swasta;

3. Menyediakan surat-surat Lantikan Timbalan Sultan untuk dihadapkan/disembahkan kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Di-Raja;

4.  Menyediakan surat-surat dan kertas-kertas Sokongan Pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DI-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang diterima daripada Jawatankuasa Pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam untuk dihadapkan kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Di-Raja untuk mendapatkan pandangan-pandangan dan sokongan-sokongan;

5. Menyediakan kertas-kertas kerja Majlis Mesyuarat Di-Raja apabila diadakan Persidangan Majlis Mesyuarat Di-Raja;

6. Mengumpulkan dan menerima buku-buku, risalah-risalah, artikel-artikel dari Jabatan-Jabatan dan Bahagian-Bahagian lain untuk disimpan di dalam perpustakaan.


Carta Organisasi:

Carta Laporan.JPG