Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksGambaran Keseluruhan

Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat adalah sebuah Jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri.  Ianya mempunyai fungsi selaku penyedia atau fasilitator kepada persidangan mesyuarat-mesyuarat kepada Majlis Mesyuarat Di-Raja, Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Majlis Mesyuarat Negara dalam hubung kait menyediakan kertas-kertas mesyuarat, mencatat perbincangan, menyediakan laporan-laporan, menyebarkan maklumat kepada Ahli-Ahli Mesyuarat dan seterusnya menyimpan maklumat serta dokumen ditempat yang selamat.​

Fungsi Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat:

  • Diketuai oleh Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat
  • 62 orang pegawai dan kakitangan (Established posts) - Sebahagian kakitangan diperbantukan kepada Unit Kabinet​

Capture.JPG

Badan-badan Majlis Mesyuarat ini ditubuhkan di bawah Perlembagaan Brunei tahun 1959 dan mempunyai fungsi serta tanggungjawab dalam menasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam disamping tiga cabang kerajaan iaitu Eksekutif, Kehakiman dan Perundangan; walaupun mempunyai kuasa yang berasingan tetapi fungsinya saling berkait antara satu sama lain mengikut falsafah Negara, Melayu Islam Beraja (MIB).