Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
22.06.22 Majlis Kunjungan Hormat YDP MMN dan TYT Duta Perancis

Bandar Seri Begawan, Rabu, 22 Jun 2022 – Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Bernard Regnauld-Fabre, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Perancis ke Negara Brunei Darussalam.  Majlis diadakan di Bangunan Dewan Majlis.

Turut hadir sama dalam Kunjungan Hormat tersebut ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat.

Pada Kunjungan Hormat tersebut, kedua belah pihak menyentuh beberapa isu-isu semasa yang menjadi keprihatinan dan kepentingan bersama.  Antara yang disentuh adalah mengenai bidang pendidikan yang mana kemudahan pendidikan adalah antara persediaan yang penting dalam mencapai matlamat sistem pendidikan yang baik dan bermanfaat bagi pelajar-pelajar.

Pada perjumpaan tersebut juga, kedua-dua pihak menyentuh mengenai bidang perundangan di kedua-dua negara. Yang Berhormat Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara mengongsikan bahawa selain daripada Persidangan yang diadakan setiap tahun di dalam membincangkan perkara utama iaitu belanjawan negara, Ahli-Ahli Majllis Mesyuarat Negara juga menggunakan platform yang lain seperti sesi permuzakarahan dan lawatan bersama Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan untuk mengetahui secara lebih dekat lagi mengenai perkara-perkara strategik, dasar-dasar hal ehwal kerajaan dan pelaksanaan projek-projek yang berjalan dan dalam perancangan.  Dengan adanya interaksi tersebut, sangatlah membantu dan melihatkan kesepaduan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dengan pihak Kementerian dalam sama-sama membangun negara dan mencapai matlamat dan wawasan negara.

Kedua-dua belah pihak merakamkan rasa penghargaan atas hubungan kerjasama yang terjalin sejak lamanya dan berharap ianya akan sentiasa bekembang dan dapat diperkukuhkan lagi melalui pertukaran lawatan dan melalui kerjasama di bidang-bidang yang sedia ada dan yang akan datang.


22.06.22 Majlis Kunjungan Hormat YDP MMN dan TYT Duta Perancis