Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
07.06.22 Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat menghadiri AIPA CAUCUS Ke-13

Bandar Seri Begawan, Selasa, 7 Jun 2022 – Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat hari ini telah menghadiri Mesyuarat ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) CAUCUS kali ke-13 dihoskan oleh National Assembly of Thailand secara dalam talian.  Mesyuarat secara dalam talian tersebut berlangsung di Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis.

Mesyuarat AIPA CAUCUS kali ke-13 ini telah dihadiri oleh 10 buah negara Ahli AIPA termasuk Negara Brunei Darussalam. Negara menghadiri mesyuarat selaku pemerhati yang diwakili oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat. Turut hadir sama ialah Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman, Setiausaha Agung AIPA yang akan datang.

Perkara utama yang dibincangkan semasa mesyuarat adalah mengenai status implementasi resolusi-resolusi Perhimpunan Agung AIPA kali ke-42 yang telah diluluskan tahun lepas.  Mesyuarat juga turut membincangkan mengenai isu "The Cooperation on the Digital Economy in ASEAN in the Post COVID-19".  Menurut mesyuarat tersebut, AIPA menyokong perlaksanaan ASEAN dengan mengikuti pelan hala tuju "Bandar Seri Begawan Roadmap: BSBR Phase 2" bagi pemulihan ekonomi melalui peralihan kepada pendigitalan bagi mempercepatkan pelan ekonomi digital pada 2022-2025. 

Mesyuarat AIPA CAUCUS kali ini telah meluluskan Laporan Rasmi Mesyuarat AIPA CAUCUS kali ke-13 dengan sebulat suara.  Laporan tersebut seterusnya akan dibincangkan untuk diluluskan semasa Perhimpunan Agung ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) kali ke-43 yang akan dihoskan oleh National Assembly of Kingdom of Cambodia pada bulan November tahun ini nanti. 


07.06.22 Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat menghadiri AIPA CAUCUS Ke-13