Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

16.06.14 MMN tuan rumah AIPA Caucus Ke-6

Majlis Mesyuarat Negara (MMN) akan menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) Caucus Ke-6 (The 6th AIPA Caucus Meeting) yang akan diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas mulai 18 hingga 19 Jun 2014.

Mesyuarat AIPA Caucus Ke-6 ini akan dirasmikan oleh Yang Di-Pertua MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim.

Pada lazimnya, Mesyuarat AIPA Caucus ini akan dihadiri oleh Ahli-ahli Parlimen dari negara-negara ASEAN termasuk Sekretariat ASEAN dan Sekretariat AIPA untuk membincangkan isu-isu yang menjadi kepentingan bersama.

Permesyuaratan kali ini akan menumpukan perbincangannya kepada kerjasama dalam pendidikan tinggi, teknikal dan vokasional di antara negara-negara ASEAN.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto