Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

16.05.19 Majlis Kunjungan Majlis Mesyuarat Negara

Hari Khamis, 16 Mei 2019, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat (Jalan Dewan Majlis) – Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara hari ini telah menerima kunjungan perpisahan dari Tuan Yang Terutama Vladlen Semivolos, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Persekutuan Rusia.  Majlis diadakan di Bangunan Dewan Majlis.

FR Rusia 2.JPG

Pada kunjungan perpisahan tersebut, kedua belah pihak merakamkan rasa penghargaan atas hubungan erat dan kerjasama antara kedua buah negara.  Kedua belah pihak juga menyatakan mengenai lawatan kerja pihak Delegasi Parlimen Persekutuan Rusia pada bulan Februari yang lalu yang telah diadakan dengan baik dan jayanya.  Kedua belah pihak berharap supaya dapat meningkatkan lagi kerjasama di dalam bidang pendidikan, pertahanan dan kesihatan serta seterusnya berharap agar hubungan di antara kedua buah negara akan terus kekal dan semakin kukuh.

Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara hari ini juga menerima kunjungan hormat secara berasingan daripada Puan Yang Terutama Yu Hong, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China.  Majlis tersebut merupakan perjumpaan rasmi yang pertama antara kedua belah pihak.

CC China 2.JPG

Pada majlis tersebut, kedua belah pihak membincangkan mengenai hubungan strategik antara kedua buah negara di dalam pembangunan ekonomi negara Brunei Darussalam.  Antaranya dengan peningkatan pelancong dari negara China sebagai pelancong terbesar ke negara Brunei Darussalam.  Peningkatan ini juga adalah dengan adanya kemudahan penerbangan terus daripada beberapa buah wilayah di China seperti Shanghai, Hongkong dan lain-lain.  Puan Yang Terutama juga berharap perkhidmatan penerbangan boleh diperluaskan juga terus ke Beijing.  Kedua belah pihak juga berkesempatan dalam menyentuh mengenai perdagangan langsung di antara negara Brunei dan China yang setakat ini telah meningkat atas kerjasama dengan sektor-sektor swasta di negara Brunei Darussalam dan seterusnya memperluaskan lagi ekonomi negara ini.  Kedua belah pihak berharap hubungan kerjasama  ini akan dapat terus dikembang majukan.

Turut hadir sama pada kedua-dua majlis tersebut, Yang Mulia Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail, Pemangku Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara serta beberapa orang pegawai kanan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

CC China 1.JPG

Attachments