Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

27.09.18 Mesyuarat Asia-Europe Parliamentary Partnership Meeting (ASEP 10)

Hari Khamis, 27 September 2018. Brussels, Belgium. – Majlis Mesyuarat Negara telah menghadiri Asia-Europe Parliamentary Partnership Meeting (ASEP 10) bermula pada 27 hingga 28 July 2017, bertempat di Brussels, Belgium.

Mesyuarat ASEP 10 diadakan sebelum Sidang Kemuncak ASEM ke-12 dan pada tahun ini juga menandakan ulang tahun ASEP ke-10.  Mesyuarat tersebut telah diadakan untuk mengesahkan semula peranan penting yang dimainkan oleh parliamen, sebagai institusi yang mewakili rakyat-rakyat Asia-Eropah secara langsung dan juga bagi membincangkan cabaran-cabaran social. Mesyuarat ASEP 10 dimulakan dengan opening session pada hari pertama dan diikuti dengan "thematic discussion" dimana perbincangan-perbincangan bertemakan mengenai "Asia & Europe facing climate change and increasing environmental challenges: sustainable development and circular economy, urban areas management, water resources cooperation, waste treatment and plastic reduction, food security, clean technologies"

Mesyuarat juga mengesahkan Deklarasi untuk dihadapkan ke sidang kemuncak ASEM ke-12.  Deraf deklarasi tersebut dibincangkan oleh drafting committee sebelum pembukaan sidang plenary.

Negara Brunei Darussalam telah diwakili oleh Yang berhormat Awang Haji Abdul Hamid @Sabli bin Haji Arsad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara serta Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat.

20180927_EP-076230B_ADE_011.jpg

Sesi bergambar ramai wakil-wakil menghadiri Mesyuarat ASEP 10

Attachments