Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

04.09.18 Perhimpunan Agung ASEAN Inter-Parliamentary Assembly Ke-39 Di Singapore

Raffles City Centre Convention, Singapore 4 September 2018 – Perhimpunan Agung ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) ke-39 telah dibuka rasmikan pada hari ini oleh Yang Berhormat Teo Chee Han, Timbalan Perdana Menteri Singapura.

Tema perhimpunan Agung AIPA pada tahun ini adalah "Towards a Resilient and Innovative Community" bahawa AIPA  sentiasa  memberikan dukungan berterusan dan sokongan sepenuhnya terhadap agenda-agenda  ASEAN.

1.JPG

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan sebuah perutusan iaitu secara ringkasnya bahawa salah satu peranan utama AIPA berfungsi bagi mewakili suara rakyat dalam komuniti ASEAN dan memainkan peranan penting dalam menghubung rakyat dengan kerajaan masing-masing.  Dengan wujudnya keahlian Negara Brunei Darussalam di organisasi AIPA, Negara Brunei Darussalam turut sama-sama dapat melaksanakan dasar persahabatan bersama negara-negara lain. Dengan adanya platform ini, Brunei Darussalam melalui amalan multilateralisme, akan dapat terus memupuk penyertaannya dalam organisasi serantau dan antarabangsa. Ini seterusnya dalam menengahkan pembangunan kapasiti manusia dibidang usahawan terutama sekali dikalangan generasi belia supaya lebih inovatif dan berdaya tahan; ini termasuklah dalam mengembangkan perusahan kapisiti micro kecil dan sederhana (MSME).

Majlis Pembukaan Rasmi Mesyuarat Perhimpunan Agung AIPA kali-39 dimulakan dengan ucapan daripada Yang Berhormat Teo Chee Han, Timbalan Perdana Menteri Singapura.  Di dalam ucapan Yang Berhormat, di dalam era ASEAN mengalami keadaan semasa yang kurang stabil dan tidak dapat diramal, ASEAN beruntung kerana AIPA memainkan peranan dalam menyokong dan mendokong ASEAN.  Ini termasuklah usaha Perhimpunan Agung AIPA ke-39 yang memberi tumpuan kepada membina Masyarakat ASEAN yang Berdaya tahan dan Inovatif.  Tambahan Yang Berhormat, beliau percaya bahawa AIPA dapat sama-sama menumpukan folus dalam mencapai 4C iaitu Cohesive, Connected, Creative and Climate-Resilient ASEAN.  Sumbangan AIPA kepada masa depan ASEAN tidak dapat dipandang rendah.  Sebagai ahli parlimen, sokongan AIPA dalam projek ASEAN adalah penting di dalam merempuh situasi yang kurang stabil pada masa ini.  Peranan ahli parliamen adalah sebagai wakil rakyat, penggubal undang-undang dan juga membantu menyebarkan maklumat kepada rakyat mengenai caraban dunia serta merespon kepada rakyat secara kolektif. Dengan adanya usaha kolektif, ASEAN akan dapat mencapai keamanan dan kemakmuran.

11.JPG

Pada Majlis Pembukaan Rasmi Perhimpunan Agung ini, Negara Brunei Darussalam telah diketuai oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara selaku Ketua Rombongan berserta dengan 8 orang Ahli Majlis Mesyuarat Negara.  Hadir bersama ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat dan beberapa orang pegawai daripada Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

Sebelum Majlis Pembukaan Rasmi diadakan, Speaker-Speaker negara Ahli AIPA telah menghadiri Mesyuarat Komiti Eksekutif.  Pada mesyuarat ini, agenda-agenda di peringkat komiti, resolusi-resolusi dan perkara-perkara berbangkit dibincangkan. 

Di Majlis Pembukaan Rasmi Perhimpunan Agung AIPA, Yang Berhormat Tan Chuan-Jin, Presiden AIPA dan Speaker Parliament Singapore turut sama memberikan ucapan alu-aluan dan mengucapkan selamat datang kepada para delegasi.  Yang Berhormat menyatakan bahawa AIPA telahpun melalui evolusi semenjak ianya ditubuhkan memandangkan terdapatnya keperluan untuk menjadi lebih efektif dan dalam mencapai integrasi yang lebih rapat lagi antara sesame Negara ahli AIPA.  Penubuhan mesyuarat di bawah AIPA seperti Mesyuarat AIPA Caucus juga dapat membantu mengembangkan inisiatif untuk mengharmonisasikan undang-undang yang sama di antara Negara ahli ASEAN untuk menjadikan AIPA lebih berkesan sebagai sebuah institusi. Singapore merasa berbesar hati kerana dapat memainkan peranan di dalam evolusi AIPA.  Walaubagaimanapun, AIPA telah, dan akan terus menjadi platfom penting untuk menggalakkan kerjasama dan pemahaman serantau di kalangan anggota parlimen di rantau ini.  Dalam mesyuarat Perhimpunan Agung pada kali ini, AIPA berpeluang untuk membangun semula harapan mantan AIPA yang terdahulu di dalam menyumbang secara positif kepada persefahaman bersama, dan membina kepercayaan dan keyakinan antara Negara ahli.

Di Sidang Sesi Plenari Pertama yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Presiden AIPA, Speaker-Speaker negara Ahli AIPA telah dijemput untuk memberikan ucapan.  Yang Berhormat Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara Brunei Darussalam telah berucap mesyuarat Perhimpunan Agung melalui mesyuarat komiti WAIPA, Politik, Ekonomi dan Sosial pada tahun ini akan membincangkan berbagai isu termasuklah isu-isu dalam mempromosikan pembangunan ekonomi, meningkatkan kebajikan dan cabaran keselamatan rakyat, dan kemajuan teknologi.  Walau bagaimanapun, di dalam membincangkan isu-isu semasa dan dalam membuat sebarang keputusan semasa mesyuarat Perhimpunan Agung AIPA, AIPA haruslah mematuhi kehormatan bersama dalam lingkungan AIPA dan mematuhi statut AIPA dan ASEAN pillars. Negara Brunei Darussalam akan terus memberikan sokongan kepada aspirasi AIPA untuk mencapai keamanan dan keamanan rakyat di rantau ini, dan sama-sama berkongsi dan bertukar pandangan dengan Negara ahli AIPA yang lain bagi mendapatkan amalan terbaik.

DSC_0854(R).jpg

Di Perhimpunan ini juga, Yang Mulia Dato Lim.Jock Hui, selaku Setiausaha ASEAN telah memberikan ucapan tentang dasar-dasar ASEAN serta antisipasi cabaran-cabaran mendatang justeru dengan adanya hubungan dengan penggubal undang-undang daripada AIPA akan mendekatkan hubungan jaringan bersama rakyat dan orang ramai.

Perhimpunan Agung ini akan bersidang selama lima hari dan akan membincangkan isu-isu serantau iaitu di peringkat Komiti Eksekutif, WAIPA, Politik, Ekonomi, Sosial, Organisasi dan Joint Communique

IMG-6142.JPG

Attachments