Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

8.2.2018 Kunjungan Muhibah Yang Di-Pertua MMN dan Tuan Yang Terutama Duta Perancis

Hari Khamis, 8 Februari 2018, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat (Jalan Dewan Majlis) – Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat hari ini telah menerima kunjungan dari Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Perancis ke Negara Brunei Darussalam.

Tuan Yang Terutama Christian Ramage, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Perancis ke Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Kunjungan Muhibah kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.

DSC_0032.JPG 

Turut hadir sama dalam Kunjungan Muhibah tersebut ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat; Yang Mulia Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail, Timbalan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara; serta beberapa orang pegawai kanan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

DSC_0045.JPG

Kunjungan muhibah ini merupakan perjumpaan rasmi pertama antara kedua belah pihak.  Pada perjumpaan tersebut, kedua belah pihak membincangkan mengenai isu-isu semasa yang menjadi keprihatinan bersama antaranya mengenai Biodiversity, isu-isu pertahanan dan juga isu-isu seperti pemburuan haram (illegal poaching) yang mana sukar ditangani dan dikawal.  Kunjungan muhibah tersebut juga menandakan hubungan baik dan persahabatan antara dua negara yang sedia terjalin.

Attachments