Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

25.01.18 Kunjungan Muhibah Yang Di-Pertua MMN dan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh

Hari Khamis, 25 Januari 2018, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat (Jalan Dewan Majlis) – Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat hari ini telah menerima kunjungan dari Suruhanjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam.

Tuan Yang Terutama Naib Marsyal Udara Mahmud Hussain, Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Kunjungan Muhibah kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.

Courtesy Call Speaker TYT 2.jpeg

Turut hadir sama dalam Kunjungan Muhibah tersebut ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat; Yang Mulia Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail, Timbalan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara; serta beberapa orang pegawai kanan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

Courtesy Call Speaker  TYT.jpeg

Kunjungan muhibah ini telah membincangkan pelbagai isu yang setentunya mengeratkan lagi hubungan di antara Republik Rakyat Bangladesh dan Negara Brunei Darussalam khususnya dalam membincangkan sistem pendidikan di kedua buah negara, mengenai bidang perdagangan dan juga pertukaran lawatan delegasi-delegasi dari kedua-dua belah pihak.  Pada kunjungan muhibah tersebut, kerajaan Republik Rakyat Bangladesh melalui Suruhanjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh di Negara Brunei Darussalam telah menyampaikan setinggi perhargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas sokongan dan kerjasama serta hubungan mesra yang diberikan kepada warga-warga Bangladesh yang berkhidmat di negara ini.   

Selain dari bertukar-tukar pandangan dan membincangkan hal-hal yang berkepentingan bagi kedua-dua pihak, perjumpaan rasmi pertama ini menandakan persahabatan dan hubungan baik yang terjalin di antara kedua-dua negara.

Attachments