Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

15.11.17 Lawatan Rasmi Yang Di-Pertua MMN Ke Kuwait

Hari Isnin, 12-15 November 2017, Kuwait – Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara atas undangan daripada Yang Di-Pertua Kuwait National Assembly, telah mengadakan lawatan rasmi ke Kuwait berserta dengan empat orang Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan beberapa orang pegawai daripada Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

Lawatan rasmi ini telah mengadakan Majlis Mengadap Bersama His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir of Kuwait.  Turut hadir dalam kunjungan muhibah tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Kuwait, Tuan Yang Terutama Pengiran Haji Mustapa bin Pengiran Haji Aliuddin. 

IMG-8081.JPG

Majlis Mengadap YB Pehin Speaker bersama His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir of Kuwait

Antara yang dibincangkan semasa Majlis Mengadap tersebut adalah mengenai dengan hubungan akrab antara kedua buah negara, Negara Brunei Darussalam dan Negara Kuwait serta hubungan erat diantara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Selain daripada itu, His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir of Kuwait turut mengucapkan tahniah kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izaddin Waddaulah di atas Majlis Sambutan Perayaan 50 tahun Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia menaiki takhta. Akhir sekali, His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir of Kuwait mengharapkan agar lawatan kerja rombongan akan berjalan dengan lancar dan membuahkan hasil yang produktif.

Seterusnya Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara dan rombongan telah mengadakan kunjungan Muhibah kepada His Highness Sheikh Jaber Al-Mubarak Al-Hamad Al-Sabah, Perdana Menteri Kuwait.

IMG-8082.JPG

Kunjungan Muhibah kepada His Highness Sheikh Jaber Al-Mubarak Al-Hamad Al-Sabah, Perdana Menteri Kuwait.

Dalam kunjungan muhibah berkenaan, kedua belah pihak juga membincangkan isu-isu kerjasama dua hala yang sedia ada agar dapat dipertingkatkan dan diperkukuhkan lagi khususnya bagi kepentingan pembangunan kedua buah negara yang bersahabat iaitu kerjasama dalam berbagai bidang yang menjadi keprihatinan bersama termasuklah hal-hal kerjasama yang sedia ada dan pada masa hadapan.

Seterusnya, rombongan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara telah mengadakan kunjungan muhibah kepada His Excellency Mr. Marzouq Al-Ghanim, Speaker of the Kuwait National Assembly. Dalam kunjungan ini, kedua belah pehak bersetuju untuk sama-sama memberikan bantuan buah fikiran dan tenaga serta bertukar-tukar lawatan kerja diantara kedua buah Parlimen, Majlis Mesyuarat Negara Brunei Darussalam dan Kuwait National Assembly.

IMG-8084.JPG

Kunjungan Muhibah kepada His Excellency Mr. Marzouq Al-Ghanim, Speaker of the Kuwait National Assembly.

IMG-8083.JPG

Sesi bergambar ramai diantara Ahli Parlimen Kuwait dan Ahli Masjlis Mesyuarat Negara Brunei Darussalam bersama Speaker kedua buah negara.

IMG-8085.JPG

YB Pehin Speaker tiba di perkarangan Bangunan Kuwait National Assembly diiringi oleh His Excellency Mr. Marzouq Al-Ghanim, Speaker of the Kuwait National Assembly.

Rombongan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara telah mengadakan kunjungan muhibah kepada His Highness Sheikh Nasser Al-Mohammed Al-Ahmad Al-Jaber Al-Mubarak Al-Sabah, Mantan Perdana Menteri Kuwait (2006-2011) di kediaman His Highness Sheikh Nasser Al-Mohammed Al-Ahmad Al-Jaber  Al-Mubarak Al-Sabah.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara dan rombongan melanjutkan lawatan kerja dengan mengadakan kunjungan muhibah kepada His Excellency Mr. Ali Mohammed Thunayan Al-Ghanem, Chairman of Kuwait Chamber of Commerce & Industry dimana pihak Kuwait tertarik untuk menerokai peluang-peluang pelaburan di Negara Brunei Darussalam. Setakat ini pihak Kuwait Chamber of Commerce & Industry tidak mempunyai kerjasama dua hala dengan Brunei Chamber of Commerce dan dengan adanya kunjungan ini ianya diharap sebagai pintu masuk dan laluan bagi pelabur-pelabur daripada Negara Kuwait untuk mengadakan perbincangan lanjutan di masa hadapan.

Attachments