Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

09.11.17 Kunjungan Muhibah Delegasi China EPRCC Kepada YDP MMN

Hari khamis, 9 November 2017, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat (Jalan Dewan Majlis) – Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat Negara hari ini telah menerima kunjungan dari beberapa ahli rombongan Environmental Protection and Resources Conservation Committee (EPRCC), National People's Congress of China.   Majlis diadakan di Bangunan Dewan Majlis, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

Ahli rombongan yang diketuai oleh His Excellency Wang Yunlong, Vice Chairman of Environmental Protection and Resources Conservation Committee (EPRCC), National People's Congress of China telah mengadakan kunjungan muhibah kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib,  Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.

DSC_0007.JPG

Turut hadir sama dalam Kunjungan Muhibah tersebut, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat, beberapa orang Ahli Majlis Mesyuarat Negara serta beberapa orang pegawai kanan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

DSC_0034.JPG

Kunjungan Muhibah tersebut turut dihadiri oleh Puan Yang Terutama Ms. Yang Jian, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam.

Kunjungan Muhibah ini telah membincangkan pelbagai isu yang setentunya akan lebih mengeratkan hubungan Republik Rakyat China dan Negara Brunei Darussalam khususnya di dalam menangani isu-isu alam sekitar dari aspek air, udara dan tanah yang setentunya menghadapi cabaran-cabaran yang memberi kesan terhadap kehidupan ekosistem dan habitatnya.

Dalam hubungan ini undang-undang dan peraturan-peraturan bagi melindungi alam sekitar di negara ini telah diperkenalkan yang mana Republik Rakyat China merasa kagum tentant tatacara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam menangani isu-isu perlindungan alam sekitar di negara ini.

Attachments