Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

27.09.17 Kunjungan Muhibah Yang Di-Pertua MMN dan Duta Besar Jepun

Hari Rabu, 27 Sept 2017, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat (Jalan Dewan Majlis) – Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat Negara hari ini telah menerima kunjungan dari Kedutaan Besar Jepun di Negara Brunei Darussalam.

Tuan Yang Terutama Motohiko Kato, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Kunjungan Muhibah kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.

CC with Japan.JPG

Turut hadir sama dalam Kunjungan Muhibah tersebut ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara.

Kunjungan hormat ini adalah bagi mengeratkan hubungan rapat yang telah sedia terjalin di antara Negara Jepun dan Negara Brunei Darussalam. Hubungan ini dipupuk lebih rapat dengan dukungan dan sokongan negara Jepun terhadap Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dari segi pembangunan belia-belia di negara ini di bidang perdagangan, pelaburan, teknikal dan sukan. Seterusnya mendukung dan memberikan sokongan kepada negara ini terhadap hutan hijau yang patut dilindungi untuk generasi akan datang.

Selain dari bertukar-tukar pandangan dan membincangkan hal-hal yang berkepentingan bagi kedua-dua pihak, perjumpaan rasmi pertama ini menandakan persahabatan dan hubungan baik yang terjalin di antara kedua-dua negara.

Attachments