Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

6.07.17 MMN Menghadiri Mesyuarat AIFOCOM di Manila

Hari Khamis, 6 July 2017. Manila, Philippines – Majlis Mesyuarat Negara telah menghadiri Mesyuarat Tahunan the 13th Meeting of the AIPA Fact-Finding Committee (AIFOCOM) to combat drug menace bermula pada 4 hingga 8 July 2017, bertempat di Manila, Philippines.

AIFOCOM pic 1.jpeg

Mesyuarat telah membincangkan dan melaporkan laporan-laporan negara berkenaan dengan status dan situasi berkenaan dadah merbahaya. Mesyuarat dilanjutkan dengan perbincangan 2 buah resolusi mengenai dengan "Transforming AIFOCOM into AIPA Advisory Council on Dangerous Drugs (AIPACODD) and strenghthening its role and mandate as a parliamentary tool to combat dangerous drugs. Manakala Resolusi kedua  adalah mengenai dengan "Forging inclusive partnership towards a drug free ASEAN community. Intisari mesyuarat menumpukan perhatian sepenuhnya bagi negara-negara ahli AIPA (ASEAN Inter-Parliamentary Assembly) untuk lebih serius dalam menagani masalah-masalah dadah di rantau ASEAN sejajar dengan inspirasi ASEAN untuk menumpukan misi "Drug-Free ASEAN Community". Selaku Penggubal undang-undang Negara Ahli AIPA perlu mendukung hasrat ini dengan menyesuaikan undang-undang dan meningkatkan kerjasama dan "best practices" diantara ahli-ahli AIPA dalam memerangi dadah merbahaya.

Mesyuarat ini telah diakhiri dengan  sebuah "Joint Communique" untuk seterusnya dilaporkan dan diluluskan di Perhimpunan Agung AIPA yang akan di adakan di Manila, Philippines.  Negara Brunei Darussalam telah diwakili oleh Yb Awg Haji Ramli bin Lahit dan Yb Awg Iswandy bin Ahmad; Ahli Majlis Mesyuarat Negara. Serta Timbalan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Dyg Rose Aminah Haji Ismail.

WhatsApp Image 2017-07-06 at 6.44.35 PM.jpeg

Attachments