Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

8.06.17 Kunjungan Perpisahan Yang Di-Pertua MMN dan Duta Besar Jepun

Hari Khamis, 8 Jun 2017, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat (Jalan Dewan Majlis) – Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara hari ini telah menerima kunjungan perpisahan dari Puan Yang Terutama Noriko Iki, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam. Majlis diadakan di Bangunan Dewan Majlis.

Farewell Call MMN and Japan (1).jpg

Hadir sama dalam kunjungan perpisahan tersebut, Yang Mulia Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail, Pemangku Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara serta beberapa orang pegawai kanan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

Farewell Call MMN and Japan.jpg

Pada kunjungan perpisahan tersebut, kedua belah pihak menghargai hubungan erat di antara kedua buah negara dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama yang baik sepanjang perkhidmatan Puan Yang Terutama sebagai Duta di Negara Brunei Darussalam.  Kedua belah pihak berharap agar hubungan baik tersebut akan terus kekal dan semakin kukuh di antara kedua buah negara.

Attachments