Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

3.05.17 Yang Di-Pertua MMN Menerima Kunjungan Muhibah

Hari Rabu, 3 Mei 2017, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat (Jalan Dewan Majlis) – Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat Negara hari ini telah menerima kunjungan dari orang-orang kenamaan dan terpenting.  Majlis diadakan secara berasingan di Bilik Kunjung Hormat Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, di Bangunan Dewan Majlis.

Tuan Yang Terutama Ouk Chandara, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kemboja ke Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Kunjungan Muhibah kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.

Courtesy Call Cambodia.JPG

Tuan Yang Terutama Suat Akgun, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Turki ke Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Kunjungan Muhibah kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.

Courtesy Call Turkey.JPG

Turut hadir sama dalam Kunjungan-kunjungan Muhibah tersebut, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail, Timbalan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara serta beberapa orang pegawai kanan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

Kedua-dua Majlis Kunjungan Muhibah tersebut menandakan hubungan erat dan kerjasama yang baik antara kedua-dua buah pihak.  Di samping itu, kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pandangan dan membincangkan mengenai langkah-langkah kerjasama yang boleh diwujudkan di antara Majlis Mesyuarat Negara dan negara-negara tersebut.

Attachments