Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

27.04.17 Majlis Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj Bagi JPM dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya 1438H/2017M

Hari Khamis, 27 April 2017, Bangunan Dewan Majlis (Jalan Dewan Majlis) – Sempena memperingati peristiwa Israk dan Mikraj, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya telah mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj  yang diungkayahkan bersama oleh Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa Keselamatan Negara.  Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Dewan Majlis pada pukul  2:00 petang.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.  Turut hadir ialah Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar, Pemangku Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh, Peguam Negara dan Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

P3-mmn-2_28417.jpg

(gambar dari: Media Permata)

 Hadir sama di majlis tersebut Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Dilantik, Setiausaha Tetap – Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap – Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan warga Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh wakil dari Polis Diraja Brunei, PC 5849 Awang Ahmad Raihaan bin Mudim Matassim. 

Majlis diserikan lagi dengan sebuah Ceramah Khas bertajuk "Sayang Nabi Kepada Umat" oleh Yang Mulia Ustaz Isham bin Ismail, Penceramah dari Pusat Da'wah Islamiah.  Majlis ini disudahi dengan bacaan doa selamat dan kesyukuran.

P3-mmn-1_28417.jpg

(gambar dari: Media Permata)

Majlis Sambutan Israk dan Mikraj ini merupakan acara tahunan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya yang mana juga bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan warga Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya di samping memperingati peristiwa Israk dan Mikraj junjugan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wassalam.

Attachments