Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

16.01.17 YDP MMN Menerima Kunjungan Muhibah Dari Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan

Hari Isnin, 16 Januari 2017, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat (Jalan Dewan Majlis) – Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat Negara hari ini telah menerima kunjungan dari Suruhanjaya Tinggi Republik Islam Pakistan di Negara Brunei Darussalam.

Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (Bersara) Tariq Rashid Khan, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Kunjungan Muhibbah kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.

IMG_6505.JPG

Turut hadir sama dalam Kunjungan Muhibbah tersebut, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail, Timbalan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara serta beberapa orang pegawai Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

IMG_6506.JPG

Selain dari memperkukuhkan lagi persahatan dan hubungan baik kedua belah pihak, Kunjungan Muhibah tersebut membincangkan hal-hal dan isu-isu yang menjadi keprihatinan bersama.

Attachments