Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

11.10.20 Belia Diseru Rebut Peluang Tersedia

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Belia di negara ini diseru merebut peluang-peluang untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan, idea dan inovasi melalui pelbagai platform yang disediakan oleh kerajaan, sektor swasta dan pelbagai organisasi.

Selain itu, para belia juga disarankan merebut segala peluang yang wujud untuk berinteraksi dan membincangkan idea mengenai keusahawanan dalam berbagai platform termasuklah Ceramah Perniagaan Belia 2020 yang diadakan hari ini di Pusat Pembangunan Masyarakat Kampung Bolkiah di ibu negara. 

Seramai 50 belia daripada pelbagai latar belakang menyertai ceramah perniagaan yang direka untuk memberi inspirasi kepada para usahawan, dengan panel-panel speaker terdiri daripada usahawan terkenal dan berjaya yang mengongsi kisah kejayaan mereka. 

Ceramah yang dianjurkan bersama oleh Alumni Ceramah Perniagaan Belia dan Big BWN itu menyaksikan speaker terkemuka termasuk ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Haji Abdul Rahim; bekas setiausaha tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Haji Jemat bin Ampal dan juga pemilik perusahaan Mix Bros, Awang Ammirul Hakeem bin Awang Rahimeey yang berkongsi kisah-kisah aspirasi bagi memotivasikan peserta dan menyemai pengetahuan dan idea lebih bernas dalam dunia perniagaan. 

Ia turut dihadiri oleh ahli MMN, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari.

Menurut ketua penganjur yang juga alumni Ceramah Perniagaan Belia, Pengiran Kamal Ghadafi bin Pengiran Haji Suhaimi, acara itu membolehkan peserta berinte-raksi, berkongsi pendapat dan idea mengenai pelbagai isu dan menggalakkan mereka untuk menanai semangat patriotisme, bagi impak jangka panjang kepada diri sendiri dan juga negara.

Ceramah itu turut diisikan dengan sesi soal jawab.


         


(sumber berita: Media Permata)

Attachments