Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

28.10.20 YDP MMN Menerima Kunjungan Hormat

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Oktober 2020 – Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Puan Yang Terutama Ms Gerda Winkler, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam.  Majlis diadakan di Bangunan Dewan Majlis.

Courtesy Call YDP MMN  Germany 1.jpeg

Turut hadir sama dalam Kunjungan Hormat tersebut, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat.

Courtesy Call YDP MMN Germany 2.jpeg

Kedua-dua belah pihak merakamkan rasa penghargaan atas hubungan erat dan kerjasama yang ada di antara kedua buah negara yang terjalin sejak lamanya dan berharap ianya akan terus diperkukuhkan dan berkembang lagi terutamanya di dalam pertukaran tenaga manusia (people-to-people exchanges) dan pertukaran parlimen (parliament-parliament exchanges).

Pada perjumpaan tersebut kedua belah pihak menyentuh mengenai hal yang menjadi keprihatinan bersama iaitu mengenai cabaran dalam menghadapi penularan wabak COVID-19.  Puan Yang Terutama Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman telah mengongsikan pengalaman dan maklumat mengenai cara-cara Republik Persekutuan Jerman menghadapi pandemik tersebut termasuk di dalam terus mendisiplinkan diri dengan pemakaian face mask demi mengurangkan risiko jangkitan virus COVID-19 terutama sekali kepada kumpulan yang berisiko tinggi (vulnerable group).  Ianya adalah harapan besar kepada kedua belah pihak agar pandemik ini akan dapat berkurangan dengan segera seterusnya menemui penyelesaian supaya semua pihak dapat bergerak ke hadapan seperti biasanya dengan lebih mudah dan efektif.


Attachments