Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

13.10.20 YDP MMN Menerima Kunjungan Muhibah

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 13 Oktober 2020 Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara hari ini telah menerima kunjungan muhibah daripada Puan Yang Terutama Ms Tiffany McDonald, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam.  Majlis diadakan di Bangunan Dewan Majlis.

CC MMN AUS 131020(1).jpeg

Turut hadir sama dalam Kunjungan Muhibah tersebut, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat.

CC MMN AUS 131020.jpeg

Kedua-dua belah pihak telah merakamkan rasa penghargaan atas hubungan erat dan kerjasama yang ada di antara kedua buah negara yang terjalin sejak lamanya dan berharap ianya akan terus kekal dan berkembang lebih luas lagi terutamanya di dalam bidang pendidikan, pertahanan, perdagangan dan juga pertukaran tenaga manusia (people-to-people exchanges).

Pada perjumpaan tersebut kedua belah pihak menyentuh mengenai hal yang menjadi keprihatinan bersama antaranya mengenai keadaan masa ini yang mencabar dalam menghadapi penularan wabak COVID-19.  Kedua belah pihak berharap keadaan mencabar ini akan mencapai solusi dengan segera agar negara-negara dapat bergerak ke hadapan dengan lebih mudah dan efektif.

Pada perjumpaan tersebut juga, kedua-dua pihak mengongsikan maklumat mengenai parlimen di kedua buah negara.  Majlis Mesyuarat Negara akan sentiasa menjalin hubungan mesra bersama parlimen-parlimen wilayah serantau dan antarabangsa.


Attachments