Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

10.09.20 Majlis Penutup dan Transfer of Office Perhimpunan Agung AIPA Ke-41

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 10 September 2020 – Sidang Plenari Kedua dan Majlis Penutup Perhimpunan Agung ASEAN Inter-Parliamentary Assembly Ke-41 dihoskan oleh National Assembly of Socialist Republic of Vietnam telah diadakan pada pagi tadi secara dalam talian.

Hadir mengetuai Negara Brunei Darussalam ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara; berserta 19 orang Ahli Majlis Mesyuarat Negara.  Hadir bersama ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat.

WhatsApp Image 2020-09-12 at 2.11.43 PM.jpeg

Perhimpunan Agung AIPA Ke-41 secara dalam talian yang bersidang selama tiga hari ini telah meluluskan sebuah Kenyataan Bersama (Joint Communique) yang mengandungi 26 resolusi dan ditandatangani oleh Ketua-Ketua Perwakilan Ahli AIPA.  Agenda-agenda yang diluluskan adalah mengenai isu-isu serantau termasuk isu berkaitan pandemik COVID-19 di peringkat Komiti WAIPA, Young Parliamentarians, Ekonomi, Politik, Sosial dan Organisasi. 

Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam akan menjadi Tuan Rumah kepada ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) bagi kali ke-42 selepas mengambil alih daripada National Assembly of Socialist Republic of Vietnam setelah tamat tempoh menjadi Presiden AIPA Ke-41.  Majlis Transfer of Office telah berlangsung semasa Majlis Penutup Perhimpunan Agung AIPA kali ke-41 dengan penyampaian Instrument of Transfer of Office iaitu penyampaian sebuah Gavel yang diterima oleh Tuan Yang Terutama Pengiran Haji Sahari bin Pengiran Haji Salleh, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam di Hanoi secara fizikal, sebagai wakil kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.

WhatsApp Image 2020-09-10 at 2.52.42 PM.jpeg

Negara Brunei Darussalam menjadi ahli kepada AIPA sejak tahun 2009 dan insya Allah akan menjadi tuan rumah kepada Perhimpunan Agung AIPA buat kedua kalinya pada tahun depan.  Pada Majlis Transfer of Office, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara telah memberikan ucapan penerimaan sebagai Presiden AIPA Ke-42.  Dalam memetik ucapan, Yang Berhormat telah menyatakan bahawa dalam masa yang penuh cabaran ini, adalah sangat penting untuk mengukuhkan lagi perkongsian dalam AIPA, dan juga untuk melibatkan rakan-rakan dialog secara strategik mengenai isu-isu yang menjadi perhatian bersama di rantau ASEAN dan antarabangsa.  Yang Berhormat menyatakan bahawa semasa Brunei menjadi Presiden kepada AIPA, negara berharap dapat bekerjasama rapat dengan Sekretariat AIPA dan juga Ahli Parlimen AIPA untuk terus membina kerja baik daripada masa lalu dalam memastikan terwujudnya visi dan aspirasi AIPA.

Yang Berhormat dalam kenyataan bahawa Negara Brunei Darussalam akan terus berusaha untuk memenuhi apa sahaja cara yang ada dan bersesuaian di masa depan dan memberikan komitmen terbaik untuk berusaha sedaya upaya semasa menjadi tuan rumah dan selakuPresiden AIPA Ke-42.

WhatsApp Image 2020-09-12 at 2.09.44 PM.jpeg

Majlis Transfer of Office diakhiri dengan persembahan video klip mengenai Negara Brunei Darussalam.


Attachments