Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

21.11.19 Lawatan Ke Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat

Hari Khamis, 21 November 2019, Bangunan Dewan Majlis – Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat hari ini telah menerima lawatan dari rombongan Bangladesh Armed Forces Officers of Defence Services Command and Staff Colllege of Bangladesh seramai 25 orang.  Rombongan tersebut juga disertai oleh Tuan Yang Terutama Air Vice Marshal (R) Mahmud Hussain, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam dan pegawai-pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Negara Brunei Darussalam.

MMN visit 21119 (1).jpeg

Turut hadir pada sesi lawatan tersebut, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat.

MMN visit 211119.JPG

Lawatan dimulakan dengan taklimat dan penerangan mengenai Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.  Taklimat tersebut juga menyentuh mengenai fungsi Majlis-Majlis Mesyuarat dan prosedur dalam meluluskan sebuah Rang Undang-Undang sebelum dijadikan Akta.

Selain daripada menyaksikan video korporat Jabatan, rombongan juga berpeluang untuk membuat lawatan ke Dewan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara iaitu tempat Persidangan Majlis Mesyuarat Negara diadakan setiap tahun bagi membincangkan belanjawan tahunan Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Melalui lawatan tersebut, diharapkan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada rombongan mengenai Jabatan tersebut secara lebih meluas, di samping memberikan pendedahan kepada rombongan mengenai perjalanan Majlis Mesyuarat Negara yang diadakan pada setiap tahun.

Attachments