Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

28.10.19 Yang Di-Pertua MMN Menerima Kunjungan Hormat

Hari Isnin, 28 Oktober 2019, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat (Jalan Dewan Majlis) – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara hari ini telah menerima kunjungan dari orang-orang kenamaan dan terpenting.  Majlis diadakan secara berasingan di Bilik Kunjung Hormat Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, di Bangunan Dewan Majlis.

(1) Tuan Yang Terutama Major General (R) Abdul Aziz Tariq, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam; (2) Puan Yang Terutama Homeira Rigi, Duta Besar Republik Islam Iran ke Negara Brunei Darussalam; dan (3) Tuan Yang Terutama Christopher B. Montero, Duta Besar Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, telah mengadakan Kunjungan Hormat secara berasingan kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.

cc MMN and HC Pakistan.jpg

Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (Kanan) Menerima Kunjungan Hormat Dari Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Negara Brunei Darussalam (Kiri)

CC MMN and Iran Amb.JPG

Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (Kanan) Menerima Kunjungan Hormat Dari Duta Besar Republik Islam Iran ke Negara Brunei Darussalam (Kiri)

CC MMN and Philippines Amb.jpg

Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (Kanan) Menerima Kunjungan Hormat Dari Duta Besar Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam (Kiri)

Majlis-Majlis Kunjungan Hormat tersebut merupakan perjumpaan rasmi yang pertama antara kedua-dua belah pihak.  Kunjungan-Kunjungan Hormat tersebut menandakan hubungan baik dan kerjasama yang telah lama wujud antara kedua-dua pihak.  

Semasa perjumpaan-perjumpaan tersebut, kedua pihak bertukar-tukar pandangan seperti mengenai sistem parlimen di kedua-dua negara yang mana mempunyai kelebihan masing-masing.   Kedua-dua pihak juga menyentuh mengenai peningkatan penglibatan ahli-ahli wanita dalam bidang parlimen dan dalam memegang jawatan-jawatan yang berkepentingan. 

Pada perjumpaan-perjumpaan tersebut, kedua-dua pihak juga bersetuju mengenai pandangan bahawa people-to-people exchange / interaction adalah amat penting bagi mengembangkan kerjasama dan hubungan baik antara kedua-dua negara dan seterusnya mengembangluaskan lagi di dalam bidang yang lain seperti di dalam bidang pertanian dan pelancongan.  Kedua-dua pihak membincangkan tentang kepentingan bagi sesebuah negara untuk menjadi berdaya tahan dan mampan terutamanya dari segi pertanian.

Kerjasama dalam bidang pelancongan juga disentuh yang amat penting dan perlu perkembangan lanjut di antara kedua negara.  Dengan adanya kemudahan seperti perkembangan dalam bidang pengangkutan, perkara ini dapat diperluaskan.  Hal seperti visa waiver juga perlu diambil berat bagi perkembangan-perkembangan ini.  Pada perjumpaan tersebut juga kedua pihak membangkitkan tentang meningkatkan bidang pelancongan islam dengan menyediakan tempat-tempat halal outlet dan juga kemudahan-kemudahan lain bagi pelancong islam.  Secara langsung, perkembangan ini meningkatkan lagi hubungan dua hala antara dua-dua pihak.

Attachments