Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

25.06.19 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat

Hari Selasa, 25 Jun 2019, Bangunan Dewan Majlis (Jalan Dewan Majlis) –  Bagi menyemarakkan lagi suasana Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat hari ini telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anjuran Badan Kebajikan Dan Sukan, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.  Majlis tersebut berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Dewan Majlis pada jam 10.00 pagi.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.  Hadir sama pada majlis tersebut ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara; serta para pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

WhatsApp Image 2019-06-25 at 4.08.52 PM.jpeg

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilftiri yang diadakan setiap tahun ini bukan saja menyemarakkan suasana Aidilfitri tetapi juga bertujuan untuk mewujudkan semangat kerjasama dan memupuk rasa memucang-mucang di samping mengeratkan dan mengukuhkan lagi hubungan silaturahhim di kalangan warga jabatan ini.

WhatsApp Image 2019-06-25 at 4.08.52 PM (1).jpeg

Attachments