Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

18.06.19 Mesyuarat AIPA CAUCUS Kali Ke-10

Hari Selasa, 18 Jun 2019, Kuala Lumpur, Malaysia - Mesyuarat ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) CAUCUS kali ke-10 telah diadakan bermula pada 16 hingga 19 Jun 2019 bertempat di Kuala Lumpur, Malaysia.  Mesyuarat AIPA CAUCUS ini telah dihadiri oleh 8 buah negara-negara Ahli AIPA (ASEAN Inter-Parliamentary Assembly) termasuk Brunei Darussalam yang telah diwakili oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara.  Beberapa pertubuhan seperti Southeast Asia Regional Centre for Counter Terrorism (SEARCTT), Segi Enam Adivsors Pte Ltd, Malaysian Council for Child Welfare dan ECPAT International juga dijemput bagi mengongsikan beberapa maklumat berkaitan agenda-agenda yang dibincangkan dalam kumpulan-kumpulan kerja pada mesyuarat tersebut.

WhatsApp Image 2019-06-18 at 10.25.27 AM.jpeg

AIPA Caucus sebagai sebuah Komiti di bawah naungan Pertubuhan AIPA (ASEAN Inter-Parliamentary Assembly) berfungsi sebagai komiti yang memantau implementasi dan pengemaskinian status bagi resolusi-resolusi yang telah dibincangkan dan diluluskan di setiap Perhimpunan Agung AIPA yang diadakan pada setiap tahun.  Mesyuarat ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) CAUCUS kali ke-10 pada tahun ini telah membincangkan dan melaporkan status implementasi resolusi-resolusi yang telah diluluskan semasa Perhimpunan Agung AIPA yang ke-38 yang diadakan pada tahun 2017 bertempat di Philippines dan Perhimpunan Agung AIPA yang ke-39 yang diadakan pada tahun 2018 bertempat di Singapura. Secara amnya, negara-negara anggota AIPA melaporkan bahawa pelaksanaan resolusi telah banyak diadakan melalui pelbagai cara yang berkesan, termasuk tetapi tidak terhad melalui; rangka kerja undang-undang, pembangunan institusi, perkongsian maklumat, pembangunan kapasiti dan pembangunan program, termasuk ke dalam rancangan pembangunan sosioekonomi negara. Kementerian-kementarian yang berkaitan juga terlibat dalam melaksanakan implementasi resolusi-resolusi tersebut.

WhatsApp Image 2019-06-17 at 2.49.35 PM.jpeg

Selain dari perbincangan mengenai status implementasi resolusi-resolusi Perhimpunan Agung AIPA, mesyuarat AIPA CAUCUS tahun ini juga mengetengahkan beberapa agenda lain dalam tiga kumpulan kerja iaitu: (1) The Rise of Terrorism, Extermism, and Radicalisation: A Parliamentary Perspective; (2) Enhancing Cooperation on Climate Action in ASEAN; dan (3) Strengthening Legal Frameworks to Protect Children from Sexual Exploitation in Travel and Tourism.

Antara perkara yang dibincangkan dalam kumpulan kerja satu adalah inisiatif-inisiatif dan mekanisme bagi menangani keganasan terrorist yang semakin meningkat. Kumpulan kerja satu bersetuju bagi isu keganasan terrorist, extremism, dan radikalisasi merupakan isu yang penting untuk ditangani bersama memandangkan isu tersebut terus mencabar keamanan dan keselamatan negara-negara di rantau ASEAN. Para rombongan dalam kumpulan kerja satu juga diberikan penerangan berkenaan inisiatif yang diguna pakai oleh Southeast Asia Regional Centre for Counter-Terrorism (SEARCCT) sewaktu lawatan ringkas ke pusat berkenaan.

Pada perbincangan kumpulan kerja dua, anggota parlimen AIPA bersetuju bahawa peningkatan dalam kerjasama berkaitan iklim dari dalam dan luar rantau membolehkan rantau ini menyumbang kepada usaha global untuk menangani perubahan iklim dan mencapai neutraliti karbon dalam jangka panjang. 

Manakala dalam perbincangan kumpulan kerja tiga, perkara-perkara yang dibincangkan termasuk cara-cara perkongsian maklumat di kalangan negara-negara ASEAN tentang rangka kerja undang-undang yang sedia ada, mengenal pasti jurang dan membincangkan undang-undang penting dan lazim yang akan dilaksanakan di rantau ini untuk memastikan penjenayah menjalani hukuman dan seterusnya melindungi kanak-kanak SECTT.

Mesyuarat ini telah diakhiri dengan penandatanganan sebuah Laporan Rasmi Mesyuarat AIPA CAUCUS Kali Ke-10 oleh ketua-ketua perwakilan daripada negara-negara ahli AIPA yang menghadiri mesyuarat tersebut.  

WhatsApp Image 2019-06-18 at 10.05.39 AM.jpeg

Negara Brunei Darussalam diwakili Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara: Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Awang Haji Sabtu selaku ketua rombongan dan Yang Behormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii dan Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari serta dua orang pegawai Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

WhatsApp Image 2019-06-18 at 10.05.36 AM.jpeg

Attachments