Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Awang Haji Ya’akub





mmn_yaakub

Yang Berhormat
Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Awang
Haji Ya’akub bin Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Paduka Haji Awang Zainal


Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Awang Haji Ya’akub bin Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Paduka Haji Awang Zainal dilahirkan pada 5 Julai 1941 di Kampung Lurong Dalam. Pendidikan awal Yang Berhormat bermula di Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jamalul Alam (SMJA) sehingga Darjah Lima dan menuntut sehingga ke tingkatan lima di Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS). Mula berkhidmat di jabatan kerajaan sebagai Kerani Gred ‘B’ di Jabatan Pelajaran pada 9 Mac 1961, dan pada 6 Jun 1962 telah diterima berkhidmat dengan Pasukan Polis Diraja Brunei sebagai Inspektor Percubaan.

Setelah menamatkan latihan asas Yang Berhormat ditugaskan di Balai Polis Kuala Belait iaitu sebagai Penolong Pegawai Menjaga Balai Polis. Yang Berhormat memegang jawatan dalam Pasukan Polis Diraja Brunei ini selama 39 tahun dan sebelum bersara pada 5 Julai 1996 jawatan terakhir yang dipegang ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis dan kemudian disambung semula berkhidmat pada 11 Mac 1997 dengan jawatan yang sama. Pada 11 Mac 1997 dilantik menjadi Pesuruhjaya Polis sehingga 9 April 2001.

Yang Berhormat telah dianugerahkan beberapa bintang-bintang kebesaran termasuk Bintang Kebesaran dari luar negeri iaitu “Bintang Johan Mangku Negara (JMN)” Malaysia, dan Bintang Kebesaran “Darjah Utama Bakti Cemerlang (DSO)” Republik Singapura. Mula dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada 1 Jun 2011 (Kalangan Orang-Orang Yang Bergelar) dan pernah menjadi ahli delegasi dari Negara Brunei Darussalam ke ke Perhimpunan Agung AIPA (ASEAN Inter-Parliamentary Assembly) pada September 2011 dan Asia Pacific Parliamentary Forum (APPF) ke 20 di Jepun pada 8-12 Januari 2012.