Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksProfil Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara


ORANG-ORANG BERGELAR - Menurut ceraian 1(a)(ii) dari Jadual Kedua Perkara 24(1)

Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal dilahirkan pada tahun 1939 mempunyai pendidikan tertinggi iaitu Ijazah Sarjana (M.A) dari Universiti Al-Azhar, mula bertugas pada 24 Disember 1966 sebagai Penguasa Penerangan dan Tabligh, pernah memegang jawatan Penguasa pelajaran Ugama, Timbalan Kadi Besar dan Pegawai Ugama Kanan. Pada Tahun 1977 dilantik menjadi Kadi Besar sehinggalah bersara pada penghujung tahun 1994. Setelah bersara Yang Berhormat dilantik menjadi Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada 1 Januari 1995 hingga 25 Mac 2001 dan kemudian dilantik menjadi Ketua Hakim Syar'ie mulai 26 Mac 2001. Yang Berhormat telah berkhidmat selama lebih 40 tahun di mana lebih dari 26 tahun daripadanya berkhidmat di bidang Kehakiman Syariah. Yang Berhormat juga adalah di antaranya merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Diraja, Majlis Mengangkat Raja, Majlis Ugama Islam, Majlis Mesyuarat Adat Istiadat Negara dan dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada 1 Jun 2011 (Kalangan Orang-Orang Yang Bergelar). Yang Berhormat juga pernah menjadi ahli delegasi dari Negara Brunei Darussalam ke Perhimpunan Agung Asean Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) ke-32 di Cambodia pada September 2011. Yang Berhormat telah dilantik sekali lagi menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara (Kalangan Orang-Orang Bergelar) bermula pada 13 Januari 2017.

 

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu dilahirkan pada 25 Februari 1954, mempunyai pendidikan Diploma in Police Science dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Yang Berhormat mula berkhidmat dengan Pasukan Polis Diraja Brunei pada 13 Oktober 1973 dan pernah bertugas di pelbagai bahagian di Pasukan Polis Diraja Brunei termasuk Bahagian Pendakwaan, Stesen Polis, Polis Daerah, Ibu Pejabat Polis, Unit Simpanan Polis, Jabatan Logistik dan berkhidmat sebagai Sultan Police ADR dari tahun 1999 hingga 2007, Pengarah Operasi, Timbalan Pesuruhjaya Polis (Bahagian Operasi) dan akhir sekali sebagai Pesuruhjaya Polis pada 25 Februari 2011. Yang Berhormat telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara (Kalangan Orang-Orang Bergelar) bermula pada 13 Januari 2017.

 

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim dilahirkan pada 8 Oktober 1946 di Kampung Puni, Temburong, Negara Brunei Darussalam.  Yang Berhormat pernah dihantar oleh Kerajaan Brunei untuk belajar di Madrasah Al-Junied, Singapura pada tahun 1959.  Pada tahun 1965 Yang Berhormat meneruskan pengajian di Kolej Islam Klang, Selangor, Malaysia dan pada tahun 1968 di Kolej Islam Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.  Yang Berhormat juga pernah menuntut di University of Lancaster, United Kingdom, secara in-service training dalam jurusan Arabic and Islamic Studies, Faculty of Arts pada tahun 1975 hingga 1978.  Mula berkhidmat dalam jabatan kerajaan pada tahun 1973, Yang Berhormat pernah memegang jawatan Pegawai Daerah Temburong pada tahun 1996 hingga 1997 sebelum menjadi Pegawai Daerah Tutong pada tahun 1997 hingga tahun 1999 dan Pegawai Daerah Belait pada tahun 1999 hingga tahun 2001.  Pada tahun 2002, Yang Berhormat dilantik sebagai Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan juga selaku Ketua Pegawai Eksekutif Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim sehingga tahun 2005.  Yang Berhormat  telah berkecimpung di dalam penulisan dan mula menulis sajak pada tahun 1966 di Kolej Islam Klang dan karya sajaknya telah diterbitkan dalam majalah Restu iaitu majalah tahunan Kolej Islam Klang dan telah terpilih untuk menerima Hadiah Kreatif Bahana 2002 (Kategori Syair).  Yang Berhormat telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara (Kalangan Orang-Orang Bergelar) bermula pada 13 Januari 2017.


ORANG-ORANG YANG TELAH MENCAPAI KECEMERLANGAN -

Menurut ceraian 1(a)(iv) dari Jadual Kedua Perkara 24(1)

Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung dilahirkan pada 10 Februari 1938, mempunyai pendidikan tertinggi Sijil Kedua (2) Pengurusan – Kepujian Dalam Ilmu Hisab dari Maktab Perguruan Melayu Brunei, mula bertugas sebagai Guru Terlatih Kanan pada tahun 1983 hingga 1993. Yang Berhormat bergiat aktif dalam pelbagai persatuan antara lain Persatuan Saudara-Saudara Baru Daerah Tutong, Badan Kebajikan Saudara-Saudara Baru Kampong Kiudang Daerah Tutong (BASKIM), Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel Kiudang. Yang Berhormat pernah menerima Anugerah Tokoh Bakti Hijrah bagi tahun 1426H/2005M Sempena Sambutan Maal Hijrah 1426/2005 pada 9 Februari 2005. Yang Berhormat dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada 13 Januari 2017 (Kalangan Orang-Orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan).

 

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @Sabli bin Haji Arsad dilahirkan pada 23 April 1948, mempunyai pendidikan tertinggi dari Maktab Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan. Yang Berhormat pernah berkhidmat di Jabatan Audit selama 10 tahun dan seterusnya di Lembaga Kemajuan Ekonomi selama 4 tahun. Ketika ini Yang Berhormat merupakan Pengerusi, Sabli Group of Companies dan memegang jawatan President Association Travel Agent Brunei (ATAB). Yang Berhormat dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada 13 Januari 2017 (Kalangan Orang-Orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan).

 

Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh dilahirkan pada 28 Ogos 1953 di Negara Brunei Darussalam.  Yang Berhormat pernah menuntut di Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien.  Mula menyertai Low San Hardware pada tahun 1973, Yang Berhormat kemudiannya memperkembangkan syarikat tersebut menjadi Low San Manufacturing (B) Sdn Bhd pada tahun 2011. Yang Berhormat juga adalah Pengarah Urusan syarikat tersebut dan membukakan sebuah lagi cawangan yang diberi nama "The Tool Box" pada tahun 2010.  Yang Berhormat juga merupakan Pengerusi kepada Board of Chinese School dari tahun 2015 sehingga sekarang.  Yang Berhormat dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada 13 Januari 2017 (Kalangan Orang-Orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan).

 

Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman dilahirkan pada 5 Mac 1974, mempunyai pendidikan tertinggi Bachelor of Architecture (Hons) dari Curtin University of Technology, Perth, Australia serta Bachelor of Art Degree (Hons) in Architecture dari Humberside University, United Kingdom dan Yang Berhormat juga merupakan Pengarah bagi Syarikat Eco Bumi Arkitek. Yang Berhormat pernah bertugas sebagai Jurutera di Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan selama 15 tahun dan seterusnya sebagai seorang Chartered Architect di sektor swasta selama 6 tahun. Yang Berhormat adalah merupakan Ahli Pengarah bagi beberapa buah pertubuhan seperti DARe, APEQS, ASEAN Business Advisory Council, East Asia Business Council dan ahli ASEAN Architects Committee (Brunei) serta merupakan Timbalan Presiden merangkap Pengerusi Architects Division Puja (Brunei). Yang Berhormat dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada 13 Januari 2017 (Kalangan Orang-Orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan). 

 

Y ang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii dilahirkan pada 12 November 1973, mempunyai pendidikan tertinggi Bachelor of Arts in Architecture dan Bachelor of Architecture with First Class Honours dari Deakin University, Australia dan merupakan Pengarah/Pemegang Saham LVK Group of Companies. Yang Berhormat juga merupakan Pengarah/pemegang saham beberapa buah syarikat seperti LO International Sdn. Bhd, Syarikat Perusahaan Gunong Intan Sdn. Bhd, Mas Sugara Travel Services Sdn. Bhd, The Jag Shop dan Syarikat Bintang Berjaya. Pada tahun 2016, Yang Berhormat telah dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga Brunei Economic Development Board serta Darussalam Enterprise. Yang Berhormat dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada 13 Januari 2017 (Kalangan Orang-Orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan).

 

Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari dilahirkan pada 15 Disember 1987 di Negara Brunei Darussalam.  Yang Berhormat mempunyai pendidikan tertinggi MA in Environment, Politics and Globalisation dari King's College London.  Yang Berhormat merupakan Co-Founder and Community Engagement Director Green Brunei dari tahun 2012.  Pada tahun 2015, Yang Berhormat telah dianugerahkan Queen's Young Leaders dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Baginda Ratu Elizabeth II, Queen of The United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland dan pada tahun 2016, Yang Berhormat dikurniakan Pingat Indah Kerja Baik dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.  Yang Berhormat dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada 13 Januari 2017 (Kalangan Orang-Orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan).

 

Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad dilahirkan pada 19 Oktober 1984 di Negara Brunei Darussalam.  Yang Berhormat  mula berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada tahun 2006 hingga 2014 sebelum berkhidmat di Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sebagai Pegawai Belia dan Sukan sehingga tahun 2015 dan pernah memegang jawatan sebagai Penyelaras Alumni di Kedutaan Amerika Syarikat di Negara Brunei Darussalam.  Yang Berhormat juga merupakan Yang Di-Pertua kepada Majlis AIDS Negara Brunei Darussalam sejak tahun 2010.  Yang Berhormat dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada 13 Januari 2017 (Kalangan Orang-Orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan).



WAKIL YANG DILANTIK DARI DAERAH-DAERAH -
Menurut ceraian 5(1) dari Jadual Kedua Perkara 24(1)

Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon dilahirkan pada 1 Julai 1951 di Negara Brunei Darussalam. Yang Berhormat pernah berkhidmat dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sebagai Sarjan Mejar Pasokan sehingga 1996.  Setelah bersara, Yang Berhormat bekerja di salah sebuah syarikat swasta.  Yang Berhormat dilantik selaku Ketua Kampung Madang mulai April 1999 hingga 2012. Pada masa ini, Yang Berhormat memegang jawatan sebagai Penghulu Mukim Berakas 'B' mulai 4 Jun 2014 sehingga sekarang.  Yang Berhormat juga merupakan Pengerusi Majlis Perundingan Mukim Berakas 'B', juga selaku Pengerusi Bersama Pusat Kegiatan Warga emas dan juga sebagai Ahli Lembaga Penasihat kepada pembinaan Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Manggis, Madang.  Yang Berhormat mula dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada 13 Januari 2017 (Mewakili Daerah-Daerah).

 

Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis dilahirkan pada 26 November 1959 di Negara Brunei Darussalam. Yang Berhormat mempunyai kelulusan Sijil Am Pelajaran Singapura-Cambridge, pada tahun 1979 di Sekolah Menengah Jamalul Alam. Pernah bertugas sebagai Setiausaha Ketiga di Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Vientiane, Laos. Pada 2 Julai 2011, Yang Berhormat mula memegang jawatan sebagai Penghulu Mukim Kota Batu, sehinggalah pada masa ini. Yang Berhormat mula dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada 13 Januari 2017.

 

Yang Berhormat Haji Tahamit bin Haji Nudin dilahirkan pada 30 Mei 1956 di Negara Brunei Darussalam.  Mempunyai pendidikan sehingga ke peringkat 'A' Level.  Yang Berhormat pernah berkhidmat di Jabatan Pertanian dan juga bertugas di beberapa buah sektor swasta.  Yang Berhormat pernah memegang jawatan sebagai Ketua Kampung Tungku pada tahun 1991, Penghulu Mukim Gadong pada tahun 2001 dan Penghulu Mukim Gadong 'A' dari tahun 2009 sehingga sekarang.  Yang Berhormat juga merupakan Pengerusi Ekonomi Badan Kebajikan Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Brunei dan Muara, Pengerusi Ahli Majlis Perundingan Mukim Gadong 'A', Penasihat Masjid RIPAS, Penasihat Masjid Pengiran Muda Abdul Malik dan Penasihat kepada Sekolah Rimba 1.  Yang Berhormat juga pernah menghadiri beberapa persidangan dan seminar di luar negara, di antaranya South East Asia Convention pada tahun 1982 di Philippine dan Thailand pada tahun 1984, Pre-Management Orientation Course di Singapura dan menjadi ahli delegasi dari Negara Brunei Darussalam ke Perhimpunan Agung AIPA (ASEAN Inter-Parliamentary Assembly) pada tahun 2011, 2012, 2013 dan 2015.  Yang Berhormat mula dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada 1 Jun 2011  bagi Mewakili Daerah-Daerah dan dilantik semula pada 13 Januari 2017.

 

Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari dilahirkan pada 21 April 1964 di Negara Brunei Darussalam. Yang Berhormat mempunyai kelulusan G.C.E 'O' Level dari Pusat Latihan Pertanian Sinaut. Pernah bertugas sebagai peniaga sepenuh masa. Pada 3 Januari 2005, Yang Berhormat mula memegang jawatan sebagai Ketua Kampung Limau Manis, Mukim Pengkalan Batu, sehinggalah pada masa ini. Yang Berhormat mula dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada 13 Januari 2017 (Mewakili Daerah-Daerah).

 

Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @Othman dilahirkan pada 29 November 1952 di Negara Brunei Darussalam.  Yang Berhormat pernah menuntut di Sekolah Menengah Jalan Muara.  Yang Berhormat pernah berkhidmat di Jabatan Radio dan Televisyen Brunei pada tahun 1976 hingga 2007.  Memegang jawatan sebagai Ketua Kampong Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong, Yang Berhormat juga memegang jawatan sebagai Pemangku Ketua Kampung Serasa dan RPN Perpindahan Serasa.  Yang Berhormat juga merupakan penasihat bagi Takmir Masjid Setia Ali Pekan Muara dan Masjid Kampung Perpindahan Serasa.  Yang Berhormat mula dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada 13 Januari 2017 (Mewakili Daerah-Daerah).

 

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin dilahirkan pada 8 November 1950 di Negara Brunei Darussalam.  Menuntut sehingga Peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.  Yang Berhormat menjawat jawatan sebagai guru terlatih bermula 1 Januari 1973.  Yang Berhormat juga pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Penyelia Kegiatan Luar pada tahun 1990 sebelum memegang jawatan sebagai Penyelia Kegiatan Luar bermula 2000 hingga 2004 di samping memangku jawatan Pemangku Penyusun Kegiatan Luar di Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum, Kementerian Pendidikan.  Memegang jawatan sebagai Penghulu Mukim Liang dari tahun 2004 sehingga sekarang, Yang Berhormat juga merupakan Jawatankuasa Tertinggi Eksekutif Kelab LLRC (Liang Lumut Recreational Club) dari sejak penubuhannya pada tahun 2004.  Yang Berhormat mula dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada 13 Januari 2017 (Mewakili Daerah-Daerah).

 

Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput dilahirkan pada 30 November 1964 di Negara Brunei Darussalam. Yang Berhormat mempunyai kelulusan G.C.E 'O' Level. Pernah bertugas sebagai Posmen Tingkat II pada tahun 1990 dan dinaikkan jawatan sebagai Posmen Tingkat I pada tahun 2005. Pada 5 Januari 2009, Yang Berhormat mula memegang jawatan sebagai Ketua Kampung Labi 1, Mukim Labi, sehinggalah pada masa ini. Yang Berhormat mula dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada 13 Januari 2017 (Mewakili Daerah-Daerah).

 

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong dilahirkan pada 1 Mac 1950 di Negara Brunei Darussalam. Yang Berhormat mempunyai kelulusan dari Maktab Perguruan Ugama. Pernah bertugas sebagai Pegawai Ugama dan Pegawai Hal Ehwal masjid Tingkat Khas. Pada 2 Mei 2007, Yang Berhormat mula memegang jawatan sebagai Penghulu Mukim Tanjong Maya, Tutong, sehingga sekarang. Yang Berhormat mula dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada 13 Januari 2017 (Mewakili Daerah-Daerah).

 

Yang Berhormat Awang Ramli bin Haji Lahit dilahirkan pada 20 Julai 1950 di Kampung Telisai, Tutong. Yang Berhormat mempunyai kelulusan BA Pendidikan (Aliran Melayu) dan Diploma Kaunseling (Aliran Melayu). Pernah bertugas sebagai Guru, Ketua Jabatan Kaunseling dan Presiden Persatuan Kaunseling Brunei. Yang Berhormat juga aktif dalam pertubuhan-pertubuhan seperti Majlis Perundingan Kampung dan Mukim, Persatuan Belia dan Ahli Takmir Masjid. Yang Berhormat juga pernah menjadi ahli delegasi dari Negara Brunei Darussalam ke Perhimpunan Agung ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) ke-32 di Cambodia pada September 2011. Yang Berhormat mula dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada 1 Jun 2011 (Mewakili Daerah-Daerah) dan dilantik semula pada 13 Januari 2017.

 

Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu dilahirkan pada 27 November 1951 di Negara Brunei Darussalam. Yang Berhormat mempunyai kelulusan BA Sarjana Muda Sastera Pendidikan Kepujian Kelas Kedua Bawah di Universiti Brunei Darussalam. Pernah bertugas sebagai Guru Ugama Pelatih Percubaan (1960-1970), Guru Ugama Tiada Terlatih (1971 -1972), Guru Ugama Terlatih (1972-1974), Guru Ugama Terlatih Tingkat Khas (1981-1988), Nazir Sekolah-Sekolah Ugama (1988-2000), Pegawai Ugama Kanan sebagai Ketua Cawangan Daerah Temburong (2001-2006) dan juga sebagai Imam Tingkat III (2007-2008). Pada 4 April 2009, Yang Berhormat mula memegang jawatan sebagai Penghulu Mukim Bokok sehingga sekarang. Yang Berhormat mula dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada 13 Januari 2017 (Mewakili Daerah-Daerah).







Normal 0 false false false EN-SG X-NONE X-NONE /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0cm 5.4pt 0cm 5.4pt; mso-para-margin:0cm; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:10.0pt; font-family:"Times New Roman","serif";} Biodata Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (Yang Di Lantik pada 6 Jun 2011).